07 Mei 2009

7th MELAKA JAMBOREE 2009


Tarikh: 30 Mei - 4 Jun 2009

Tempat: Kem Tan Chay Yan (Kem Pengakap Melaka), Bukit Katil, Melaka

Peserta dijangka hadir dan mendaftar pada 29 Mei 2009 ( pagi ) dan meninggalkan Kem Pengakap Melaka pada 04 Jun 2009 ( tengahari )

Tema : ‘ KEAMANAN SEJAGAT ’

Yuran : Yuran Jambori sahaja sebanyak RM 80.00 seorang dibayar secara tunai semasa pendaftaran. Yuran ini meliputi aktiviti Jambori, pengangkutansemasa aktiviti lawatan dalam Melaka dan Kit Jambori (kemeja ‘T’, lencana Jambori, lencana aktiviti, sijil, buku panduan, tag)

Peserta : Peserta hendaklah berumur 13 hingga 17 tahun. Setiap 10 orang peserta hendaklah diiringi oleh seorang pemimpin dewasa. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Negeri masing – masing.

Aktiviti : Pelbagai aktiviti disediakan antaranya ialah lawatan, halangan, indaba,kebudayaan , xpdc, permainan, khidmat masyarakat , radio amatur , aktiviti air & pelbagai lagi.
# Setiap Kontinjen diminta bersedia untuk persembahan kebudayaan.

Tiada ulasan: